Label 1

Isnin, 27 Jun 2011

ARTIKEL TENTANG MADU, KURMA,KISMIS, BADAM DAN HABBATUS SAUDA’ UNTUK KECERDASAN OTAK

Sesudu Madu Dapat Meningkatkan Fungsi Otak

(metrotvnews)KABAR baik bagi Anda yang gemar mengonsumsi madu. Memakan satu sendok madu asli sebelum tidur akan meningkatkan fungsi otak. Karena, fruktosa yang terkandung dalam madu menjadi energi cadangan di dalam hati dan bekerja di otak semalaman. Tak heran, madu menjadi rahasia penambah energi bagi atlet zaman Yunani kuno yang menghadapi olimpiade.
Madu mengandung glukosa dan fruktosa yang menghasilkan suplai glikogen dalam hati. Madu juga bisa meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Cairan manis alami itu memiliki efek antibakteri baik secara internal maupun eksternal sehingga membantu mempercepat pemulihan tubuh. Selain itu, madumengandung antivirus alami yang dapat mengobati penyakit flu.
Hasil penelitian Sekolah Ilmu Kesehatan Pennsylvania State College, Amerika Serikat, menyebutkan khasiat satu sendok makan madu mampu mengungguli obat flu yang biasa diresepkan.
Sebelumnya, penelitian yang dilakukan Shone Blait di Universitas Sydney,Australia, mengatakan madu bisa membantu pemulihan luka atau infeksi. Madu juga mendukung bakteri baik pada usus dan baik bagi penderita sariawan.
KELEBIHAN KURMA BERDASARKAN AL-QURAN DAN AS-SUNNAH
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.

"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ajwah dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".

Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam.

Terdapat juga di dalam al-Quran ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :

 "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.

Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan hadis Rasulullah Sallallahu alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.

Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.


Kismis Tajamkan Minda Kanak-Kanak :
  • Ramai yang percaya dan mengamalkan pengambilan kismis boleh membuatkan otak menjadi cerdik, terutamanya pada kanak-kanak.
  • Kismis dihasilkan daripada proses penghidratan ke atas buah anggur sama ada penghidratan menggunakan cahaya matahari ataupun menggunakan ketuhar.
  • Antara jenis kismis yang popular adalah Sultana, Malaga, Monukka, Zante Currant, Muscat dan Thompson Seedless.
  • Kismis mempunyai saiz sebesar batu kerikil dan mempunyai kedutan yang menyeliputi isinya yang kenyal.
  • Nama saintifik bagi kismis adalah Vitus Vinifera. Kismis mengandungi gula yang tinggi.
  • Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah Fruktosa dan Glukosa. Gula ringkas ini dikenal pasti dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan.
  • Ini kerana otak memerlukan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak untuk berfungsi dengan baik dan kismis dapat menyediakan keperluan gula ringkas dalam kuantiti yang banyak dan cepat.
  • Jika kita lemah dalam mata pelajaran Matematik, amalkan pengambilan kismis setiap pagi sebelum ke kelas atau kuliah.
  • Imam Zuhdi berkata, "sesiapa yang ingin menghafal hadith ( menguatkan daya ingatan ) hendaklah ia kerap memakan anggur kering".

Mengenal Khasiat Habbatussauda 
Habbatus sauda bukanlah nama yang asing lagi bagi kita. Sebagian orang menyebutnya jintan hitam. Biji dari tanaman Nigella sativa ini dikenal memiliki keistimewaan dalam bidang pengobatan. Bahkan, disebutkan dalam sebuah hadits yang diriwayatkan Aisyah x,  bahwasanya Nabi n bersabda:
إِنَّ هَذِهِ الْحَبَّةَ السَّوْدَاءَ شِفَاءٌ مِنْ كُلِّ دَاءٍ إِلاَّ مِنَ السَّامِ. قُلْتُ: وَمَا السَّامُ؟ قَالَ: الْمَوْتُ
“Sesungguhnya habbatus sauda ini adalah obat bagi segala penyakit, kecuali as-sam.” Aku (Aisyah) berkata, “Apakah as-sam itu?” Beliau n menjawab, “Kematian.” (HR. Al-Bukhari, Kitab Ath-Thibb, Bab Al-Habbatus Sauda, hadits no. 5687)
Menurut sejarah, tanaman ini berasal dari Mediterania (terutama Mesir). Sekarang, tanaman ini tersebar ke banyak wilayah, seperti Jazirah Arab (Yaman, Saudi Arabia), Siria, Irak, sebagian Asia Tengah (India, Pakistan), negara-negara Laut Tengah (Yunani, Siprus) dan Amerika.
Berikut ini beberapa manfaat habbatus sauda.

Menguatkan Sistem Kekebalan Tubuh
Habbatus sauda dapat meningkatkan jumlah sel-sel T yang baik untuk meningkatkan sel-sel pembunuh alami. Dengan demikian, mengkonsumsi habbatus sauda dapat meningkatkan sistem kekebalan tubuh. Pada tahun 1993, Dr. Basil Ali bersama koleganya dari Fakultas Kedokteran, Universitas King Faisal mempublikasikannya dalam jurnal Pharmasetik Saud. Dengan demikian, habbatus sauda dapat dijadikan obat untuk penyakit yang menyerang kekebalan tubuh.

Meningkatkan daya ingat, konsentrasi, dan kewaspadaan
Dengan kandungan asam linoleat (omega 6) dan asam linolenat (omega 3), habbatus sauda merupakan nutrisi bagi sel otak untuk meningkatkan daya ingat dan kecerdasan. Habbatus sauda juga memperbaiki (peredaran darah) mikro ke otak dan cocok diberikan kepada anak usia pertumbuhan maupun lansia.


Badam - Bukan Sekadar Pelengkap Masakan

Badam mengandungi 59% lemak dan 21% protein yang berkualiti seperti protein susu. Ia juga mengandungi vitamin A dan B disamping mineral-mineral seperti kalsium, magnesium, kalium, fosforus dan ferum. Badam tidak mengandungi bakteria pereputan (putrefactive bacteria). Oleh itu ia tidak mudah mereput walaupun di dalam badan. Dari itu badam boleh dianggap sebagai makan yang bersih dan steril. Setiap 100gm badam boleh memberikan 661 kalori tenaga, hampir menyamai mentega.
Badam berkhasiat di dalam kes diabetes kerana ia tidak mengandungi kanji. Selain dari itu, badam juga berguna di dalam kes-kes riketsia, radang ginjal (nephritis), tifoid, pereputan instestin, cirit busuk (putrid diarrhea), anemia sekunder dan keasidan badan (hyperadcidity). Campuran badam di dalam minuman juga baik untuk mereka yang banyak menggunakan  tenaga minda di dalam tugasan harian.

1 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More