Bismillahir-rahmanir-rahim…
Alhamdu lillah. Wassalatu wassalamu ala rosulillah.
Yang berusaha, Guru Besar SK Gelang Patah, en. Sungkono bin abd.Hamid,
Tang dihormati , Guru-guru penolong kanan,
Guru-guru serta rakan-rakan yang dihormati sekalian…
Kami ahli-ahli PRS SK Gelang Patah akan menyampaikan Pengucapan umum pada pagi yang bertajuk ‘SAYA BOLEH’ .
Rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa dirinya mempunyai kebolehan diri yang terbaik.
Ramai antara kita yang tidak sedar bahawa dia mempunyai kebolehan diri yang unik.
Ada juga antara kita yang mempunyai potensi diri yang baik tetapi keyakinan dirinya pula rendah.
Mengapa jadi begini?
Jawapannya ialah rakan-rakan masih kurang percaya pada diri sendiri…
Rakan – rakan kurang berani untuk tampil ke hadapan bertanya soalan sekiranya rakan-rakan tidak faham.
Rakan-rakan mengatakan “Mustahil aku boleh dapat 5A’…..”Mustahil aku boleh jadi pelajar terbaik dalam kelas”… “Mustahil aku boleh dapat markah 100% bagi semua matapelajaran”…impossible…impossible…impossible…Jika INILAH ! sikap yang ditunjukkan, sampai bilapun kita tak akan berjaya.
Rakan-rakan yang dihormati sekalian,
Oleh itu sila UBAH…UBAH…UBAH sikap kita daripada kurang yakin kepada LEBIH YAKIN…Ubah daripada rasa tidak boleh atau kurang boleh kepada BOLEH…Ubah daripada rasa mustahil kepada TIADA YANG MUSTAHIL DI DUNIA INI UNTUK AKU BERJAYA DALAM HIDUP!!!
Cuba rakan-rakan lihat kad yang ditunjukkan. Cuba rakan-rakan baca, 1..2..3..”IMPOSSIBLE” sekali lagi “IMPOSSIBLE” sekali lagi “IMPOSSIBLE”. Mari kita ubah sikap kita daripada IMPOSSIBLE kepada yang lebih possible iaitu IM POSSIBLE (kad ditunjukkan). Sekarang bukan lagi impossible tetapi IM POSSIBLE. Sekarang saya akan sebut IM dan rakan-rakan sebut kuat-kuat POSSIBLE boleh? IM....POSSIBLE IM...POSSIBLE IM...POSSIBLE IM...POSSIBLE IM...POSSIBLE yang bermaksud saya boleh...kita boleh...YAKIN BOLEH...
Mulai sekarang, tanamkan dalam diri bahawa kita boleh melakukan yang terbaik...kita boleh mendapat markah yang terbaik...kita adalah murid yang rajin dan terbaik... IM...POSSIBLE...IM POSSIBLE...IM POSIBBLE
Sekian, terima kasih
(idea asal: Tn Hj Amin, vice manager Iskandar Regional Develpoment Authority Iskandar Malaysia)
0 ulasan:
Catat Ulasan