Label 1

Jumaat, 23 Disember 2011

TEKS UCAPAN PEGAWAI JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR : KURSUS MUZIK SILAT TEMPUR KPM 2011

Bismillhirrahman nirrahim
Alhamdu lillahi robbil alamin .wassalatu wassalamu ala asrofil ambiai wal mursalin.  Wa ala alihi wasohbihi ajamain
Terima kasih diucapkan kepada saudari pengerusi majlis...
Yang berbahagia,
En Rusli bin Tumiran,
Penyelia kanan Kokurikulum , JPNJ.

Yang berusaha,
En Johari bin Suhadak,
Penyelia sukan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, merangkap setiausaha program Kursus Muzik Silat Tempur KPM Peringkat Negeri Johor 2011.

Yang dihormati,
Barisan Guru-guru pengiring,
Para peserta kursus,
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum w.b.k.t.h
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta dengan Keizinannya…
Serta dengan berkat junjungan besar nabi kita, Muhammad s.a.w
Dengan berkat guru-guru kita,
Dengan karomah dan hikmah kedua ibu bapa  kita...
Maka pada pagi yang berbahagia ini kita dapat sama-sama berhimpun di dewan ini bagi menyempurnakan majlis penutupan rasmi Kursus Muzik Silat KPM Peringkat Negeri Johor 2011.
Tuan-tuan, puan-puan
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian...
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak terutama kepada PPD Johor Bahru selaku pengelola, kerana telah berjaya mengelolakan program yang julung kali diadakan seumpama ini dengan jayanya.  Inilah hasil atau satu simbol yang memberi makna bahawa anda dan kita semua telah memberikan kerjasama yang sebaiknya sehingga program ini mencapai objektifnya... TAHNIAH saya ucapkan.
Muzik silat merupakan satu daripada pelengkap di dalam menaikkan semangat pesilat untuk mempamerkan gerak silat yang mantap dan berkeyakinan.
Maka sudah tentu muzik ini perlu dimainkan oleh seorang yang benar-benar memahami kehendak dan keperluan pesilat agar pesilat dapat mempersembahkan mutu silat yang berkualiti tinggi.   Jika kita kaji, setiap seni beladiri di dunia ini ada irama seni mempertahankan dirinya sendiri.  Hanya dengan mendengar rentak muziknya kita dapat mengetahui sama ada ia datang dari seni mempertahankan diri Shaolin, Silambam  ataupun ketenteraan di medan perang.  Tidak lain dan tidak bukan ia sebagai satu pemangkin untuk membangkit dan menaikkan semangat para pejuang di medan pertempuran.
Hadirin yang dihormati sekalian…
Nilai seni berupa semangat yang kental ini tidak seharusnya habis setakat di sini sahaja
Jika matlamat untuk menjadi Johan peringkat kebangsaan menjadi matlamat utama, maka tiada bezanya sukan silat dengan sukan yang lain seperti olahraga , bolasepak dan sebagainya kerana jika kita berlatih bersungguh-sungguh, kita juga boleh menjuarai kejohanan tersebut. Maka keunikan seni silat lebih daripada itu yang mana ia dapat membentuk diri pengamalnya menjadi seorang yang lebih berdisiplin, berakhlak mulia, memiliki peribadi diri yang baik serta boleh dicontohi. 
Oleh itu, teruskan perjuangan anda. Siapa lagi yang hendak mempertahankan seni warisan budaya bangsa kita ini kalau bukan kita sendiri.
Hadirin yang dihormati sekalian...
Sama ada kita sedar  atau tidak kursus muzik silat seumpama ini telah berjaya menyatu padukan pelbagai aliran perguruan.   Tahniah sekali lagi diucapkan.  Semoga kursus seumpama ini seperti kursus peraturan-peraturan dalam silat , pameran budaya silat daripada aliran masing-masing dan sebagainya boleh diadakan.  Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.  Walau kita dari aliran silat yang berbeza-beza, namun matlamat kita untuk mendaulatkan seni budaya kita ini tetap sama. Semoga usaha murni ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan ini dan dengan lafaz bismillahir rahman nir rahim , saya rasmikan majlis penutupan kursus muzik silat KPM peringkat negeri Johor 2011.

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More