Label 1

Ahad, 26 Jun 2011

MAKANAN MINDA FORMULA IBU DR.FAZLEY

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

     Saya ingin berkongsi berkenaan kisah makanan minda yang diformulakan oleh ibu Dr.Fazley.  Saya telah mendengar banyak ceramah Dr.Fazley berkenaan motivasi diri.  Beberapa sapek penekanan yang diberikan amat memberi kesan yang sungguh memuaskan.  Ini termasuklah kemahiran belajar, tip meningkatkan motivasi diri dan makanan minda.

     Dalam banyak-banyak perkara itu, bab makanan minda menarik perhatian saya.  Saya membuat catatan mengenainya namun tersimpan sebagai satu catatan sahaja.  Justeru, setelah sekian lama saya teringat dan terfikir untuk cuba menghasilkan ramuan itu dan mencubanya.

     Setiap kali Dr.Fazley hendak menduduki peperiksaan, ibu beliau akan menyediakan ramuan minuman yang terdiri daripada badam, kismis, madu, kurma, dan habbatus sauda'.  Ramuan ini dikisar (blander) dan dicampur dengan susu seterusnya diberikan kepada Dr.Fazley untuk meminumnya.  Dr.Fazley merasakan mindanya segar dan cerdas...

     Maka pada suatu hari saya cuba menghasilkan ramuan tersebut untuk diri saya sendiri.  Saya dapati memang benar dan kita juga sedia maklum bahawa makanan itu memang baik untuk kecerdasan otak serta menguatkan daya ingatan.  Minda saya benar-benar rasa cergas dan menyegarkan.  Saya berkata dalam hati "kalau ia baik untuk kecerdasan otak aku, mengapa tidak aku sediakan ia untuk murid-murid aku...?"

     Lalu saya memanggil 5 murid (2 kategori cemerlang, 1 sederhana dan 2 lemah) untuk mencuba ramuan ini.   Mereka menyatakan bahawa minda mereka cerdas serta badan terasa segar dari pagi hingga petang.  Memandangkan hari terbuka ibu bapa semakin hampir, saya merancang untuk menyarankan kepada ibubapa agar menyediakan makanan ini untuk anak-anak.  Saya sediakan sampel rupa bentuk makanan itu setelah dikisar.

     Untuk pek percubaan (10 gram)  harganya RM1.00 , Pek kecil (30 gram) = RM3.00 manakala Pek besar (180 gram) = RM7.00   Rakan saya menyatakan bahawa ia terlalu murah memandangkan bahan ramuan membuatnya yang agak mahal.  Niat saya bukan untuk berniaga melainkan menunjukkan beberapa sampel dan cukuplah lepas kos bahan dan duit minyak...Luar jangkaan ... terdapat banyak permintaan untuk saya menyediakannya lagi.

     Hasil produk pertama (sampel) dihasilkan dengan bahan yang biasa.  Namun untuk tempahan ini saya dapatkan bahan yang lebih bermutu tetapi produk masih pada kadar harga yang sama.  Saya gunakan kismis hitam (biasa dibeli oleh guru-guru tahfiz untuk anak-anak muridnya mudah menghafal al-Qur'an). Rasanya lebih enak.  Habbatus sauda' yang saya gunakan juga bukan dari jenama biasa (jika ada bau herba, tidak semua kanak-kanak menyukainya)...saya gunakan produk habbatus sauda dan madu keluaran Ustaz Ismail Kamus.  Hasilnya , saya dapati ia lebih enak berbanding ramuan sampel tadi.

     Saya berikan kepada beberapa orang untuk mencubanya termasuklah anak saudara saya.  Saya dapati semua respon yang diberikan  positif dan anak saudara saya jadi lebih rajin mengulangkaji.  Untuk makluman pembaca, dialu-alukan jika anda ada keinginan untuk cuba menyediakan ramuan ini.  Namun demikian, saya sedia berkongsi hasil ramuan yang saya sediakan jika anda berminat (disediakan mengikut permintaan atau tempahan).

     Kepada rakan-rakan seperjuangan, amat digalakkan jika rakan-rakan juga sedia menyediakan ramuan ini untuk murid-murid kita. (kalau tempahan banyak sakit pinggang juga...)  Sekiranya anda juga ingin berkongsi pengalaman anda menghasilkannya, bolehlah hubungi saya di talian 012-7265337 atau email: hasnool7@gmail.com


Rasanya enak ... lagi lazat ...

Terdapat nilai makanan sunnah ...

Mencerdaskan... mencergaskan ... Insya Allah
RM 1.00 sajaha / peket

RM 3.00 sajaha / bekas kecil

RM RM 7.00 sahaja/ bekas besar

0 ulasan:

Catat Ulasan

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More