Label 1

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Jumaat, 23 Disember 2011

TEKS UCAPAN PEGAWAI JABATAN PELAJARAN NEGERI JOHOR : KURSUS MUZIK SILAT TEMPUR KPM 2011

Bismillhirrahman nirrahim
Alhamdu lillahi robbil alamin .wassalatu wassalamu ala asrofil ambiai wal mursalin.  Wa ala alihi wasohbihi ajamain
Terima kasih diucapkan kepada saudari pengerusi majlis...
Yang berbahagia,
En Rusli bin Tumiran,
Penyelia kanan Kokurikulum , JPNJ.

Yang berusaha,
En Johari bin Suhadak,
Penyelia sukan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, merangkap setiausaha program Kursus Muzik Silat Tempur KPM Peringkat Negeri Johor 2011.

Yang dihormati,
Barisan Guru-guru pengiring,
Para peserta kursus,
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Assalamualaikum w.b.k.t.h
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta dengan Keizinannya…
Serta dengan berkat junjungan besar nabi kita, Muhammad s.a.w
Dengan berkat guru-guru kita,
Dengan karomah dan hikmah kedua ibu bapa  kita...
Maka pada pagi yang berbahagia ini kita dapat sama-sama berhimpun di dewan ini bagi menyempurnakan majlis penutupan rasmi Kursus Muzik Silat KPM Peringkat Negeri Johor 2011.
Tuan-tuan, puan-puan
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian...
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak terutama kepada PPD Johor Bahru selaku pengelola, kerana telah berjaya mengelolakan program yang julung kali diadakan seumpama ini dengan jayanya.  Inilah hasil atau satu simbol yang memberi makna bahawa anda dan kita semua telah memberikan kerjasama yang sebaiknya sehingga program ini mencapai objektifnya... TAHNIAH saya ucapkan.
Muzik silat merupakan satu daripada pelengkap di dalam menaikkan semangat pesilat untuk mempamerkan gerak silat yang mantap dan berkeyakinan.
Maka sudah tentu muzik ini perlu dimainkan oleh seorang yang benar-benar memahami kehendak dan keperluan pesilat agar pesilat dapat mempersembahkan mutu silat yang berkualiti tinggi.   Jika kita kaji, setiap seni beladiri di dunia ini ada irama seni mempertahankan dirinya sendiri.  Hanya dengan mendengar rentak muziknya kita dapat mengetahui sama ada ia datang dari seni mempertahankan diri Shaolin, Silambam  ataupun ketenteraan di medan perang.  Tidak lain dan tidak bukan ia sebagai satu pemangkin untuk membangkit dan menaikkan semangat para pejuang di medan pertempuran.
Hadirin yang dihormati sekalian…
Nilai seni berupa semangat yang kental ini tidak seharusnya habis setakat di sini sahaja
Jika matlamat untuk menjadi Johan peringkat kebangsaan menjadi matlamat utama, maka tiada bezanya sukan silat dengan sukan yang lain seperti olahraga , bolasepak dan sebagainya kerana jika kita berlatih bersungguh-sungguh, kita juga boleh menjuarai kejohanan tersebut. Maka keunikan seni silat lebih daripada itu yang mana ia dapat membentuk diri pengamalnya menjadi seorang yang lebih berdisiplin, berakhlak mulia, memiliki peribadi diri yang baik serta boleh dicontohi. 
Oleh itu, teruskan perjuangan anda. Siapa lagi yang hendak mempertahankan seni warisan budaya bangsa kita ini kalau bukan kita sendiri.
Hadirin yang dihormati sekalian...
Sama ada kita sedar  atau tidak kursus muzik silat seumpama ini telah berjaya menyatu padukan pelbagai aliran perguruan.   Tahniah sekali lagi diucapkan.  Semoga kursus seumpama ini seperti kursus peraturan-peraturan dalam silat , pameran budaya silat daripada aliran masing-masing dan sebagainya boleh diadakan.  Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.  Walau kita dari aliran silat yang berbeza-beza, namun matlamat kita untuk mendaulatkan seni budaya kita ini tetap sama. Semoga usaha murni ini diteruskan lagi pada masa akan datang.
Akhir kata, sekali lagi saya ucapkan syabas dan tahniah di atas kejayaan ini dan dengan lafaz bismillahir rahman nir rahim , saya rasmikan majlis penutupan kursus muzik silat KPM peringkat negeri Johor 2011.

TEKS UCAPAN PENYELARAS PROGRAM KURSUS MUZIK SILAT TEMPUR KPM 2011

Bismillhirrahman nirrahim
Alhamdu lillahi robbil alamin .wassalatu wassalamu ala asrofil ambiai wal mursalin.  Wa ala alihi wasohbihi ajamain
Wabihi nastain lahaulawala quwwata illa billah.
Terima kasih diucapkan kepada saudari pengerusi majlis...
Yang berbahagia,
Tn Hj Kamarudin bin Mohd Tahir,
Ketua Unit Kokurikulum , JPNJ

En.Rosli b Tumiran,
Penyelia Kanan Kokurikulum , JPNJ







Yang berusaha,
En Johari bin Suhadak,
Penyelia sukan Pejabat Pelajaran Daerah Johor Bahru, merangkap setiausaha program Kursus Muzik Silat Tempur KPM Peringkat Negeri Johor 2011.
Yang dihormati,
Barisan Guru-guru pengiring,
Para peserta kursus,
Serta hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian.
Bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia serta dengan Keizinannya…
Serta dengan berkat junjungan besar nabi kita, Muhammad s.a.w
Dengan berkat guru-guru kita,
Dengan karomah dan hikmah kedua ibu bapa yang melahirkan dan yang membesarkan kita...
Maka pada pagi yang berbahagia ini kita dapat sama-sama berhimpun di dewan ini bagi menyempurnakan majlis penutupan rasmi Kursus Muzik Silat KPM Peringkat Negeri Johor 2011.
Tuan-tuan, puan-puan
Hadirin dan hadirat yang dihormati sekalian...
Pada kesempatan ini saya ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada semua pihak terutama kepada Jabatan Pelajaran Negeri Johor sekalu penganjur program dan kepada PPD Johor Bahru selaku pengelola, kerana telah menganjurkan program seumpama ini dengan jayanya.  Tanpa komitmen yang tinggi daripada semua pihak , maka program seumpama ini tidak mungkin dapat dilaksanakan sepertimana yang diharapkan.
Sebagaimana yang kita maklumi, muzik silat merupakan satu elemen penting untuk menghidupkan gerak tari, langkah dan pukulan dalam silat serta dapat memeriahkan suasana pertandingan silat.  Penilaian dalam aspek WIRAMA , WIRAGA , dan WIRASA yang ditekankan semasa pertandingan dalam silat tempur misalnya, akan lebih baik hasilnya sekiranya pesilat benar-benar menjiwai rentak permainan muzik silat yang dimainkan.  Maka pemuzik silat sudah tentu perlu mempunyai kemahiran atau ‘skill’ bermain alat muzik silat pada tahap yang memuaskan atau benar-benar mahir di dalam menjiwai dan menguasai permainannya secara praktikal.



Hadirin yang dihormati sekalian…
Oleh yang demikian , kursus yang julung kalinya diadakan ini mudah-mudahan akan menghasilkan pemuzik silat yang lebih cekap, mahir dan berupaya membangkitkan ‘semangat juang’ peserta silat di dalam meraih kemenangan seterusnya mengharumkan nama negeri kita  di peringkat kebangsaan.  Tidak mustahil, dengan kemahiran yang anda ada , seni ini dapat terus dimartabatkan di peringkat antarabangsa pada masa akan datang.  Insya allah.
Selama 3 hari 2 malam, seramai 75 orang peserta dan 21orang guru pengiring dari 8 daerah telah didedahkan dengan teori dan praktikal permainan alat muzik silat yang terdiri daripada gendang anak, gendang ibu, gong dan serunai.


Syukur alhamdu lillah,
dengan tunjuk ajar daripada jurulatih yang mahir dan berpengalaman, para peserta telah mendapat pendedahan yang lebih bersistematik dan kreatif di dalam menghasilkan persembahan muzik silat yang benar-benar bertenaga, yang tersulam dengan nilai spiritual perjuangan yang tinggi seterusnya dipaparkan secara lebih dinamik .. kerana komunikasi isyarat atau bukan lisan yang berlaku sesama pemuzik ... pemuzik dengan pesilat ... berupaya mempamerkan sebuah persembahan yang benar-benar berkualiti seterusnya diterima sebagai persembahan yang terbaik, kepada sesiapa sahaja yang menyaksikannya.n
Sitinggi-tinggi terima kasih dan  penghargaan diucapkan kepada En. Jusnizan b Ramli dan pembantunya kerana sudi datang dan memperturunkan ilmu kemahiran muzik silat di bumi Johor ini demi manfaat bersama.
Bersyukur juga kita ke hadrat Allah, kerana program selama 3 hari 2 malam ini dapat berjalan dengan lancar dan mencapai objektifnya... tahniah atas kerjasama yang telah anda berikan..
Tuan-tuan, hadirin hadirat yang dihormati sekalian...
Harapan saya agar generasi silat yang berada di hadapan saya ini benar-benar memiliki jatidiri pesilat sejati yang tinggi, kerana anda merupakan tulang belakang kepimpinan Negara pada masa akan datang.  Sejarah telah membuktikan tamadun bangsa kita pernah gemilang satu ketika dahulu yang mana pemangkin kedaulatan bangsa ini ketika itu terdiri daripada ‘orang-orang silat’.  Kembalikanlah semula kegemilangan itu dan andalah para pejuang itu selagi masih mahu menjunjung langit di mana bumi tempat anda berpijak.  Asal masih sedar dan faham bahawa budaya bangsa kita tak perlu ditokok tambah atau di ubah suai dengan memasukkan budaya asing ke dalam budaya kita…. Kerana perbuatan memasukkan budaya asing ke dalam budaya bangsa kita samalah seperti menyuntik racun ke dalam tubuh sendiri.  Lambat laun bukan sahaja tamadun bangsa kita akan lenyap…malah kata-kata keramat ‘tak kan Melayu hilang di dunia’ hanya tinggal kata-kata sahaja.
Hadirin yang dihormati sekalian…
Namun demikian, sejarah ketamadunan bangsa berdaulat ini membuktikan bahawa … bangsa yang benar-benar bersih hatinya, luhur peribadinya yang merealisasikan kata-kata ‘tak kan Melayu hilang di dunia’ tetap wujud kerana kumpulan ini tidak rela agamanya dipermain-mainkan…tidak rela melihat bangsanya hilang maruah…dan kumpulan ini tetap terus berjuang walau sampai menumpahkan darahnya sendiri…manakala sebahagian yang masih lalai, leka dan menjadikan budaya asing sebagai sebahagian daripada kehidupannya .. maka kumpulan inilah yang dikategorikan sebagai individu yang lemah jiwanya, goyah pendiriannya , hilang jatidirinya dan seterusnya termasuk di kalangan mereka yang gagal di dalam kegagalan yang sebenarnya.
Hadirin yang dihormati sekalian…
Tiada siapa memaksa sesiapa…tanggung jawab kita, kita pikul bersama .  Mudah-mudahan matlamat kita di dalam memperjuangkan seni budaya bangsa yang tak lapok dek hujan dan tak lekang dek panas ini dapat kita capai akhirnya.
Mengarang syair di puncak Asahan, 
Berkisah Hikayat Merong Mahawangsa; 
Semoga budaya bangsa terus dipertahan,
Menjadi wadah , simbol kedaulatan bangsa.

Sekian,wabillahi taufik, wal hidayah..Assalamualaikum w.b.k.t.h

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More