Label 1

This is default featured post 1 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 2 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 3 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 4 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

This is default featured post 5 title

Go to Blogger edit html and find these sentences.Now replace these sentences with your own descriptions.This theme is Bloggerized by Lasantha Bandara - Premiumbloggertemplates.com.

Ahad, 21 Ogos 2011

BERLAKUKAH KECACATAN DI KALANGAN AHLI AGAMA DI DALAM PELAKSANAAN SYARIAT DI AKHIR ZAMAN INI?

     YA! Itu jawapannya.  Namun demikian tidak semua...namun ramai...Bukti?  Tidak semua arif agama tahu cara menegur perkara berkaitan syariat dengan cara yang berkualiti atau ada 'nilai'.  Islam ada nilai, maka gagallah ia jika penyampaian tidak berserta dengan nilai.

Contoh:

     Seorang Ustaz menegur bacaan solat seorang imam. "Pak imam , cuba pak Imam baca bacaan solat tadi..." Maka bacalah pak Imam tadi sambil didengar oleh pak Ustad.  "Mmm..pak Imam, bacaan pak Imam tu salah...sebutan bahagian ini dan ini salah...mmm kena baca macam ni.... dan gini... bukan gitu-gitu..."

     Sesungguhnya niat ustaz itu baik dan mulia .  Tegur-memegur amalan mulia, namun jadi tak mulia kalau tidak kena caranya.  Selemah-lemah iman cukuplah dengan menyangkal sesuatu perkara itu dalam hati.  Iman ustaz ni tak lemah... dia bertindak dengan lisan...sayang jadi sia-sia kerana tidak pada tempatnya.

     Wajah pak Imam bertukar jadi merah padam dan terus berlalu dari situ.  Pak ustaz bertanya hal itu kepada pak Tabib..." Pak tabib Pak tabib...kenapa pak Imam jadi begitu ya?  Dia memang tak boleh ditegur ke? Ooooh...bukan macam tu...engkau tu yang perasan diri kau pandai sangat...yang rasa dirinya pandai tu apa? Bukan Iblis?.."   Kau lupa kisah seorang budak yang bijaksana menegur seorang tua mengambil wudu' .  Sementara menunggu gilirannya, dia dapati orang tua itu salah dari segi cara dia mengambil wudu' lalu budak itu berkata..."Pakcik pakcik... boleh pakcik tunggu sebentar? Tolong tengokkan cara saya mengambil wudu' ya... mana tau kalau-kalau tersalah..." Pakcik itupun melihat anak itu mengambil wudu'  .  Sebaik selesai , Pakcik tu memeluk budak itu dan berkata "terima kasih nak...terima kasih kerana baru pakcik perasan kesilapan pakcik"...

     Bagaimana kalau budak itu berkata begini..."Pakcik pakcik, cara pakcik ambil wudu' tu salah.  Cuba pakcik ambil semula dan saya semakkan....."  Anda akan dapat jawapannya sekiranya anda meletakkan diri anda sebagai pakciktu.   Sesungguhnya Islam itu penuh nilai akhlak, halus, indah dan berseni...tidak kasar menggerutu ... sepatah kata seorang ustaz dalam sebuah rancangan di televisyen..."Mana mungkin hati seseorang itu bersih jika watak yang dipamerkan 'kasar' dan tidak berakhlak....."

Selasa, 2 Ogos 2011

ISKANDAR MALAYSIA MOTIVATIONAL AND MIND SET CHANGE PROGRAMME 2011. 18-20 JULAI 2011 di KOLEJ TUN DR.ISMAIL UTM SKUDAI

TAKLIMAT KEPADA PESERTA

MARI BERSENAM
MARI BERSENAM
IBU AYAM DAN MUSANG
LDK
LDK
UNCLE FISHY

Hypnotherapy Treatment for Anxiety

TOKOH KAUNSELING

THURSDAY, DECEMBER 9, 2010

KENALI TOKOH KAUNSELING : Y. Bhg. Datuk Prof. Dr. Mohd Tajuddin Hj Ninggal

Datuk Prof. Dr. Mohd Tajudin Ninggal, Pengarah, Pusat Kaunseling dan Kerjaya, Universiti Teknologi Malaysia, (UTM) dilantik sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia mewakili seluruh Institut Pengajian Tinggi Malaysia oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada tahun 2007. Kini sebagai Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar & Alumni Universiti Teknologi Malaysia.

Surat Perlantikan yang ditandatangani Menteri berkenaan, YB. Dato' Sri Sharizat bt Abdul Jalil itu adalah bagi tempoh dua tahun mulai 1 Disember 2007 hingga 30 November 2009.

Datuk Prof. Dr. Mohd. Tajudin,47 dilahirkan di Melaka, berkelulusan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Psikologi Kaunseling dari Western Michigan University, Amerika Syarikat telah memulakan kerjaya di UTM sebagai Penolong Pensyarah A di Fakulti Pendidikan. Beliau seterusnya memegang jawatan sebagai pensyarah, Prof. Madya dan Ketua Jabatan sebelum dilantik ke jawatan sekarang.

Sebagai Anggota Majlis Penasihat Kaunselor Malaysia yang diperuntukkan dibawah Seksyen 4, Akta Kaunselor 1998 (Akta 580), beliau berperanan sebagai penasihat kepada Menteri mengenai apa-apa perkara yang berkaitan dengan bidang kaunseling dan akta tersebut dan mengenai apa-apa perkara yang dirujukkan kepadanya oleh Lembaga Kaunselor.

Sebelum dilantik sebagai Ahli Majlis Penasihat Kaunselor, beliau merupakan Ahli Lembaga Kaunselor Malaysia selama dua penggal mulai 2001 sehingga 2007.

Datuk Prof. Mohd. Tajudin yang juga merupakan Kaunselor Profesional Berdaftar merupakan seorang tokoh psikologi kaunseling yang berpengalaman luas dan dikenali di peringkat kebangsaan. Antaranya, beliau pernah menjawat jawatan Timbalan Presiden Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA).

Di peringkat antarabangsa pula, beliau sangat aktif dan banyak menyumbang kepakarannya dalam aspek penyelidikan dan perundingan psikologi kaunseling. Atas sumbangan, ketokohan dan kepimpinannya beliau telah dianugerahkan Pingat Emas oleh Association of Counselor Education & Supervision (ACES), Amerika Syarikat dan telah dilantik sebagai seorang Ahli Lembaga oleh Association of Psychological Counselors and Educators of Asia Pacific (APECA) yang beribu pejabat di Manila, Filipina sejak 2003 sehingga kini.

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More